Jumaat, 12 April 2013

HiJRAH DiRi


ASSALAAMU'ALAYKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Buat pertama kalinya Iman mengongsikan sebuah pengalaman tentang HIJRAH DIRI :)
sebelum itu, Iman kenelah memperkenalkan diri :)
u all sume boleh panggil saye Iman, nama yang paling saye sukerr :)
saye tinggal di negeri bawah bayu :)
anak ke7 daripada 8orang adik beradik:)
umur agak2 masih muda lagi :P 1993 :)
OKEHH !
sekarang kite start citer eaa, tentang pengalaman HIJRAH DIRI Iman:)
besttt!

sebelum tuh, meh SELAWAT!
ALLAHUMA SOLLI WA SALIM 'ALA SAYIDINA MUHAMMAD WA ALIHI MUHAMMAD !
TAKBIR !
ALLAHU AKHBAR !

BISMILLAHI RAHMANIR-RAHIM~

Agak2 sume tau tak rasenye , knp Allah kite suruh kite top aurat? jage batas pergaulan? jaga syariat islam?
dalam surah an-nur ayat 30-31 ada mengatakan..
tak payah ragu akan ayat al-Quran, semua tu Allah yang kate :)
Mereka hendaklah menghindarkan diri daripada memuaskan nafsu syahwat secara haram dan juga daripada membuka aurat mereka di hadapan orang lain. Walaupun perintah kepada lelaki adalah sama dengan wanita dalam hal ini, tetapi sempadan aurat untuk wanita adalah berbeza dari yang diperintahkan kepada lelaki. Lagipun, aurat wanita terhadap lelaki adalah berbeza dengan yang diperintahkan terhadap wanita sendiri.
Aurat seorang wanita terhadap lelaki ialah keseluruhan tubuh badannya kecuali tangan dan muka. Ia tidak boleh dibuka di hadapan lelaki lain. Wanita tidak dibenarkan memakai pakaian yang nipis atau yang ketat yang mengikut bentuk badan dan yang boleh menampakkan kulit. Menurut satu hadith dari A'ishah, pernah kakaknya Asma' datang menemui Rasulullah s.a.w. dengan pakaian yang nipis. Rasulullah s.a.w. dengan segera memalingkan mukanya dan berkata:
"Wahai Asma', apabila seorang wanita telah baligh, dilarang membuka bahagian badannya kecuali muka dan tangan"  (Abu Dawud)
Ibnu Jarir telah meriwayatkan peristiwa yang sama daripada kata kata A'ishah bahawa satu ketika anak perempuan Abdullah bin Tufail. datang menziarahinya. Apabila Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumah, baginda nampak perempuan itu tetapi memalingkan mukanya ke arah lain.
A'ishah berkata:
"Ya RasululLah, dia itu anak saudaraku". Lalu Rasuiullah s. a. w. pun berkata: Apabila wanfta itu sudah baligh haram baginya menampakkan badannya kecuali tangan dan muka". Kemudian baginda menunjukkan maksud tangan itu dengan menggenggam tangannya sendiri daripada pergetangan tangan supaya tidak ada bahagian lebar yang tertinggat antara pergelangannya dan tapak tangannya"Kelonggaran ini hanyalah untuk saudara mara yang rapat, seperti saudara lelaki, bapa dan lain lain, kerana keadaan yang memerlukan seperti membuat kerja kerja rumah. Contohnya dia boleh menggulung lengan bajunya semasa mengaul tepung atau melipat seluarnya semasa mencuci lantai.
Sempadan aurat wanita terhadap wanita, sama seperti sempadan aurat lelaki terhadap lelaki, iaitu daripada pusat hingga ke lutut. Ini tidak bermakna bahawa wanita boleh berkeadaan separuh telanjang di hadapan wanita lain. Ia hanyalah bererti yang bahagian dari pusat ke lutut mestilah sentiasa ditutup dan tidak pula bahagian lain.
Jika diperhatikan, tuntutan undang undang Al
lah yang diberikan terhadap wanita bukan hanya tuntutan yang dibuat terhadap lelaki, iaitu menahan pandangan dan memelihara kemaluan, tetapi ia juga menuntut beberapa perkara lain daripada wanita yang tidak dituntut dari kaum lelaki. Ini menunjukkan bahawa wanita dan lelaki berbeza dalam hal ini.


Wahai para Hawa sekalian, cantik tubuhmu bukan untuk dipersembahkan, tapi untuk disembunyikan.

okeyh2__
perhati citer tentang Iman pulak key :) :P
seawalnya, Iman bukan juga seperti wanita diluar sana, yang biase menggunakan tudung biase2 ajer..
DRASTIKKK! LABUH~
Sume tanye, eh! cm ne Iman leh jd cm ne?
Iman just jawab, Allah lah yang suruh cm ne :) hehe.. sweetkan??
1st pakai tudung labuh kat skolah, kawan tegur, 
"waaa,, saye suke laa tgok kau pkai labuh cm ne"
Iman pun "hehe"
semangat sahabat membara dalam jiwa..
Allah tu maha pemberi, apa yang kita mintak DIA beri, apa yang kite x mintak pun DIA beri..
kan baik tu Allah kite :)

setiap pemberian-NYA  tu pun adalah ujian bagi kite :)

pas tu.. 
kadang ayrat tak terjaga.. 
ya Allah, sedih jugak kalau nak ingat sume tu.. tapi, ALHAMDULILLAH Iman nak sangat berusaha menjadi yang terbaik untuk Allah :)

sehingga lah lepas habis skolah, Iman masih dengan pendirian untuk bersama dengan Allah :)

pada awalnya, masa skolah2 dulu mmg sangat banyak ujian yang Allah bg kat Iman,
puasnye Iman di panggil hajjah kat kelas, kadang2 0leh guru2 pun same :)
tp,, Iman x rase malu, bangga adelah, sebab org puji pakaian Allah :)
kalau family..diorang sokong jer :)

sedikit demi sedikit, fikiran Iman melencong untuk mengenakan hijab :)

ALHAMDULILLAH^^


masih sehingga sekarang Iman masih berjinak2 dengan Allah,,
doakan Iman istiqomah dengan memakai pakaian takwa nie yer :)
syukran sahabat fillah :)

Iman cadangkan, x payah lah nak pikir ape org nak kate kalau kite dah mendapat hidayah dan cuba untuk mendekati Allah, biar kite just pkir ape yang Allah akan kate bila kita berpaling..

memang,,
terlalu banyak dugaan yang menduga kita,, dan kite perlu ingat, yg tu ujian dari-NYA, bukan nak suh kite berpaling, tp die nak tgok sejauh mana iman kita, sejauh mana usaha kita untuk menolak nafsi2 kita :)

insya Allah^^

kalau nak citer mmg panjang, kalau nak rase pun mmg x dapat melainkan kamu sendiri yg merasa melalui diri sendiri :)

dengan itu, JOM LAAA ~
nak g mne ??
Aih! HIJRAH DIRI LAA :)


Andai silap sepatah dua kata,betulkan eaa . :)


sayang kamu kerana Allah :)











Tiada ulasan:

Catat Ulasan